Wednesday, October 2, 2013

Salam Perkenalan - Secubit Perkongsian (Part 1)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,


Terutama sekali saya ingin mengucapkan Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi yang telah memberi saya kekuatan dan semangat untuk menulis di dalam blog ini. Walaupun pada permulaannya teramatlah sukar untuk memulakan, namun dengan semangat serta berkat doa yang telah diberi oleh Mentor, Isteri serta kawan-kawan lain lain, akan saya usahakan juga untuk jari-jari ini menaip bagi menterjemah segala apa yang ada dalam kepala ni.

"Menulis atau membuat karangan bukanlah minat saya" - Oleh kerana halangan inilah sebenarnya yang membuatkan jari-jemari saya terasa sangat keras untuk menulis. Boleh buat apa saja dengan mouse, keyboard atau pensil.. asalkan bukan membuat karangan atau menulis, apatah lagi menulis di blog.

Namun, kekangan atau halangan ini telah dipecahkan sebaik sahaja saya menghadiri satu program motivasi perniagaan yang dianjurkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nama saya Ahmad Azrin bin Abd Rahman, berumur 33 tahun, sudah berkeluarga dan berasal dari keluarga yang sederhana dari Kuala Terengganu. Walaupun sudah berumahtangga hampir 5 tahun, namum masih belum dikurniakan cahayamata. Walaubagaimanapun, kehidupan kami suami isteri tetap bahagia dan kami sentiasa bersyukur dan redha di atas segala ujian Yang Maha Esa. Sekarang masih lagi bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan animasi kreatif di Kuala Terengganu. 

Kepakaran saya ialah dalam menghasilkan kandungan media kreatif yang memenuhi kehendak pelanggan sama ada dalam bentuk grafik, video dan animasi 3D yang mencapai maksud dan kehendak penyampaian komunikasi mereka. Dengan berbekalkan pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang Teknologi IT dan Multimedia Kreatif, saya bersedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat nasihat atau pandangan bagi menambahbaik nilai produk dalam bentuk yang kreatif serta penyampaian maklumat yang lebih berkesan.

Alamak, sedar-tak sedar dah berperenggan-perenggan pulak saya menaip. Kalau sebelum ni, nak menaip kisah atau perkongsian satu perenggan pun susah. Haa, nak tau sebab apa, inilah hasil atau kesan dari program yang saya hadiri baru-baru ini. Inilah yang dikatakan sebagai 'The Power Of Sharing' agaknya, sepertimana kata mentor saya baru-baru ini. Kalau nak tahu program apa, kena tunggu Part 2 la jawabnya. InsyaAllah saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman hebat sepanjang berada dalam program tersebut.